Apa itu Dasar Perkongsian Data Nasional (NDSP)?

 
Dasar ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 13 April 2022. Idea dasar ini tercetus pada tahun 2019 dengan pelbagai sesi perbincangan kumpulan berfokus dan libat urus telah diadakan bagi mendapatkan pandangan mengenai ekosistem perkongsian data, melibatkan pemain-pemain industri terutamanya daripada sektor perbankan, kewangan, badan bukan kerajaan dan sektor awam. 
 
NDSP menyokong dasar-dasar nasional berkaitan ekonomi digital seperti Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (Dasar 4IR Negara) melalui penjajaran strategi-strategi nasional berkaitan data:
 
penjajaran
 

NDSP juga menyokong aspirasi Malaysia Madani untuk mengangkat martabat negara dan menyelesaikan permasalahan rakyat melalui tiga tekad utama - pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tatakelola yang baik. Dengan tatakelola perkongsian data yang beretika, ia mampu membina suatu ekosistem yang kondusif dan dipercayai kepada pelabur, lantas memberi manfaat dan nilai tambah kepada rakyat negara ini.

 
visimisi
 
objektif
 
prinsip
 
teras
 
edgendsp