Kementerian Komunikasi dan Digital

Dasar Perkongsian
Data Nasional

"National Data Sharing Policy" - NDSP
Apa itu Dasar Perkongsian Data Nasional?
Dasar ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 13 April 2022. Idea dasar ini...
Tujuan dan Rasional

Apakah tujuan dan rasional NDSP?

Ekonomi digital di Malaysia telah mara mengorak langkah ke arah kematangan melalui penggunaan teknologi maju dan canggih berasaskan data. Hasil transformasi digital tersebut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Tujuan Dasar Perkongsian Data Nasional ("National Data Sharing Policy" -NDSP) dibangunkan adalah untuk memacu ekonomi data melalui perkongsian data. Dengan perkongsian data, organisasi tidak akan dihadkan kepada data yang dimiliki oleh organisasi tersebut sahaja, malah set data yang lebih luas boleh diakses daripada sektor awam dan sektor swasta yang terlibat dalam ekosistem perkongsian data.
OBJEKTIF NDSP
Untuk membolehkan perkongsian data yang lancar – infrastruktur data yang pantas, selamat, bersambung dan dipercayai merentasi semua sektor
images/joomlart/features/social-media_1388655.png#joomlaImage://local-images/joomlart/features/social-media_1388655.png?width=512&height=512

Untuk membangunkan kerangka dan tadbir urus perkongsian data

images/joomlart/features/growth.png#joomlaImage://local-images/joomlart/features/growth.png?width=512&height=512

Untuk membangunkan bakat dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan data

images/joomlart/features/settings%201.png#joomlaImage://local-images/joomlart/features/settings 1.png?width=512&height=512

Untuk menggalakkan dan mempromosikan pengayaan data bagi membangunkan teknologi baharu dan terkini

Polisi

Apakah Polisi NDSP?

Dasar Perkongsian Data nasional (NDSP) ialah satu dokumen strategi jangka panjang dan usaha berterusan yang dirangka untuk mewujudkan ekosistem data yang holistik, kondusif dan inklusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara. Data adalah satu aset negara yang berperanan sebagai pemangkin utama kepada ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).

Dasar ini juga merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpacukan data iaitu menggunakan data untuk membuat keputusan. Kerajaan dan Ekonomi Berpacukan Data (DDG dan DDE) akan dapat meningkatkan daya saing dan kemakmuran negara, menggalakkan penciptaan nilai melalui perkongsian data merentas sektor, menyokong perkembangan inovasi dalam produk dan perkhidmatan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup rakyat.

Strategi jangka panjang dan usaha berterusan yang dirangka untuk mewujudkan ekosistem data yang holistik, kondusif dan inklusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara.