Dasar Perkongsian
Data Nasional
Apa itu Dasar Perkongsian Data Nasional?
Dasar ini telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 13 April 2022. Idea dasar ini...
Tujuan dan Rasional
Apakah tujuan dan rasional NDSP?
OBJEKTIF NDSP
Untuk membangunkan kerangka dan tadbir urus perkongsian data
Untuk membangunkan bakat dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan data
Untuk menggalakkan dan mempromosikan pengayaan data bagi membangunkan teknologi baharu dan terkini
Polisi
Dasar Perkongsian Data nasional (NDSP) ialah satu dokumen strategi jangka panjang dan usaha berterusan yang dirangka untuk mewujudkan ekosistem data yang holistik, kondusif dan inklusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara. Data adalah satu aset negara yang berperanan sebagai pemangkin utama kepada ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Dasar ini juga merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpacukan data iaitu menggunakan data untuk membuat keputusan. Kerajaan dan Ekonomi Berpacukan Data (DDG dan DDE) akan dapat meningkatkan daya saing dan kemakmuran negara, menggalakkan penciptaan nilai melalui perkongsian data merentas sektor, menyokong perkembangan inovasi dalam produk dan perkhidmatan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup rakyat.